ARICG Berkongsi Rezeki Agih Sarapan Percuma Kepada Pelajar

PhotoCollage Jom Breakfast 2

 

Program “Jom Breakfast: We Care, We Share” telah berlangsung pada 18 Mei 2023 di perkarangan bangunan TISSA-UUM pada pukul 8.30 pagi anjuran Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG). Nasi lemak dan roti telah diedarkan kepada para pelajar bagi mengalas perut di waktu pagi. Usaha ini adalah bagi menzahirkan keprihatinan ARICG kepada kebajikan para pelajar.
 
Usaha murni ini mendapat reaksi yang positif daripada kalangan pelajar. Rata-rata pelajar berasa gembira dan mengalu-alukan program seperti ini diteruskan pada masa akan datang.
 
Menurut Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran “Program berkongsi rezeki ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara para pelajar dengan warga UUM”.