Felo Penyelidik ARICG Berjaya Membida Geran Penyelidikan Jabatan Akauntan Negara 2023

GAMBAR BERITA HEBAHAN FELO PENYELIDIK ARICG BERJAYA MEMBIDA GERAN PENYELIDIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA 2023

 

Felo Penyelidik Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) berjaya membida Geran Penyelidikan Jabatan Akauntan Negara 2023.
 
Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menawarkan Geran bagi Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam 2023 berjumlah RM36,240.00.
 
Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr. Noor Afza Amran, Pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) yang juga Pengarah Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah berjaya memenangi bidaan tersebut.
 
Penyelidik bersama yang turut menjayakan bidaan ini adalah Encik Mohamad Sharofi Ismail (TISSA) manakala Prof. Madya Dr. Mohamad Naimi Mohamad Nor (TISSA) dan Dr. Mazrah Malek @ Malik (TISSA) yang juga Felo Penyelidik dari ARICG.
 
Penyelidikan yang bertajuk “Study of Strengthening Risk-Based Auditing and Best Practice of Other Countries” telah bermula pada 1 Mac 2023 dan berakhir pada 31 Ogos 2023.
 
Tahniah Diucapkan...