Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk Ramadan RIMC-ARICG 2023/1444H

pic2pic5

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) bersama Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) mengambil peluang menyemarakkan bulan Ramadan 1444H/2023 ini melalui program gotong-royong menyediakan bubur lambuk di Dapur Pusat Islam UUM.

Aktiviti memasak bubur lambuk ini sering diadakan sebagai aktiviti tahunan Kelab Kebajikan RIMC. Bubur lambuk ini telah diedarkan kepada staf dan pelajar Tadika Tunku Puteri Intan Safinaz UUM dan Tadika Taman Palma, Sintok.