ARICG Hargai Pelajar Asasi Sebagai Motivasi

Photo Collage

UUM ONLINE: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah mengadakan majlis penghargaan bersama 13 pelajar Asasi di bawah Program Bimbingan Komuniti Kedah dari segi Pelajaran, Sosial dan Ekonomi Keluarga, baru-baru ini.
 
Majlis diadakan di Kopi Mesin UUM bagi meraikan usaha dan pencapaian pelajar pada peperiksaan semester 2 yang lalu, malahan mereka juga turut diberikan saguhati sebagai suntikan semangat untuk lebih berusaha pada masa hadapan.
 
Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran dalam ucapannya berharap pelajar akan dapat memotivasikan diri untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh di masa hadapan demi kemajuan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
 
Hadir sama, Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa, Felo Penyelidik ARICG serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana.