Perbincangan Kolaboratif Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), UUM Bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs)

photo collage

 

Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah mengadakan pertemuan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs) pada 14 Disember 2022.

Kunjungan pertama kali ini bertujuan membincangkan ruang kerjasama antara MAIPs dan ARICG UUM. Penerangan diberi berkenaan fungsi, bidang pengkhususan dan kepakaran yang tertumpu kepada tiga komponen utama iaitu penyelidikan, rundingan dan advokasi tatakelola korporat dan awam.

Tuan Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs telah menggariskan beberapa peluang kerjasama dua hala antara ARICG mencakupi aspek penyelidikan, rundingan dan latihan.

Dalam masa yang sama, pihak ARICG turut mengusulkan kertas cadangan ringkas Program Bimbingan Tadbir Urus dan Integriti Masjid Perlis bagi tahun 2023 (TADRUS 2023) untuk diteliti oleh pihak MAIPs.          

Perbincangan tersebut diketuai oleh Prof. Dr. Noor Afza Amran, Pengarah ARICG bersama Felo Penyelidik iaitu Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman dan Dr. Mukhriz Mat Rus.