Perbincangan Geran Penyelidikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Photo Collage SPRM new size

Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), UUM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama penyelidikan bersama bagi membina kesedaran masyarakat tentang gejala rasuah.

Satu Perbincangan Geran Penyelidikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diatur dan diwakili oleh Prof. Dr. Noor Afza Amran, Prof. Madya Dr. Norruzeyati Che Mohd Nasir dan Dr. Mohd Azrin Mohd Nasir dari Universiti Utara Malaysia.

Perbincangan lanjut telah diadakan pada 24 November 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik ini selari dengan objektif SPRM dalam menjalankan penyelidikan dan kajian berkenaan dengan agenda pencegahan rasuah dalam meningkatkan pengetahuan, nilai dan sikap masyarakat memerangi amalan rasuah di segenap lapisan masyarakat.