Ceramah E-Waste Di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SKBBS) Beri Kesedaran Kepada Murid Sekolah

Gambar Berita UKK Program SKBBS new size

UUM ONLINE: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah menganjurkan Program Ceramah Kitar Semula Barangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SKBBS), baru-baru ini.

Pengarah Program, Dr. Mukhriz Mat Rus berkata, objektif program adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan pengurusan bahan sisa buangan elektrik dan elektronik kepada guru-guru dan murid-murid SKBBS tentang kepentingan pengurusan e-waste yang selamat.
 
Menurutnya, pengurusan e-waste yang teratur dan selamat akan dapat menjamin kelestarian alam sekitar dan melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas. Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pengajian, Pengukuran dan Penilaian (CETMA), Dr. Saadi Ahmad Kamaruddin.
 
Program berakhir dengan penyerahan sijil penghargaan kepada Penolong Kanan 1, SKBBS, Abdul Razak Mahmud yang disampaikan oleh Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran.
 
Berita dan gambar oleh: ARICG UUM
30 Oktober 2022