Perjumpaan Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) Bersama Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi TNC(P&I)

Photo Collage

 
Pada 11 Oktober 2022, Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah mengadakan perjumpaan bersama Prof. Dr. Russayani Ismail, Timbalan Naib Cancelor Penyelidikan dan Inovasi TNC(P&I) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama RIMC, UUM.
 
Dalam perjumpaan tersebut Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran bersama felo penyelidik telah membentangkan secara terperinci pelan strategik yang dirancang untuk menggerakkan ARICG bagi tahun 2023 – 2025.
 
TNC(P&I) telah menerima baik pelan yang dibentangkan dan mencadangkan program berimpak tinggi yang dapat menonjolkan ARICG di kalangan warga UUM dan komuniti luar, selaras dengan visi ARICG untuk menjadi pusat penyelidikan urus tadbir korporat bertaraf dunia.
 
ARICG pada masa yang sama sedang menjalankan Program Bimbingan Kepada Komuniti Kedah Dari Segi Pendidikan, Bimbingan Sosial Dan Ekonomi Keluarga yang melibatkan pelajar Asasi UUM bagi tahun 2022.