ARICG Anjur Ceramah “Tips Dalam Memenangi Penajaan Pengajian”

Gambar Berita

 

UUM ONLINE: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah menganjurkan ceramah “Tips Dalam Memenangi Penajaan Pengajian” bertempat di Pusat Asasi Pengurusan baru-baru ini. 

Seramai 13 orang pelajar asasi yang terlibat dalam Program Bimbingan Kepada Komuniti Kedah Dari Segi Pendidikan, Bimbingan Sosial Dan Ekonomi Keluarga telah menghadiri ceramah tersebut. 

Ceramah yang disampaikan alumni Asasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Aida Fatini Adri Kamal, bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang cara untuk mendapat tempat dalam penajaan pengajian, di samping cara memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Menurut Aida Fatini, perkara penting yang perlu ada di dalam setiap pelajar adalah kebergantungan kepada Allah, bersikap jujur kepada diri sendiri, dan berkeyakinan diri. 

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah dan sesi bergambar bersama para pelajar.