Program Bimbingan Kepada Komuniti Kedah Dari Segi Pendidikan, Bimbingan Sosial Dan Ekonomi Keluarga

Poster Program Bimbingan Komuniti Kedah

 

Program ini adalah kerjasama dalaman melibatkan ARICG dengan Pusat Asasi Pengurusan dan Institut Penyelidikan dan Perundingan Zakat (IPIZ), manakala kerjasama luar melibatkan badan bukan kerajaan (NGO Prihatin Kedah). Kerjasama ini akan melibatkan bantuan kepakaran, teknikal dan logistik.

Bentuk bimbingan yang akan diberikan adalah dari aspek pelajaran, bimbingan sosial dan komuniti keluarga. Aspek-aspek ini adalah penting dalam mengubah dan memajukan kehidupan masyarakat setempat.

Bagi menjalankan aktiviti ini, tumpuan akan diberikan kepada penduduk sekitar negeri Kedah dan sasaran peserta adalah 13 keluarga yang terpilih. Tarikh pelaksanaan program adalah bermula dari 1 September 2022 hingga 31 Disember 2022 (Fasa 1).