Webinar “Ambil Tahu…Elak Ditipu!!”

Photo Collage webinar ambil tahu

 

Webinar "Ambil Tahu..Elak Ditipu" anjuran Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah diadakan pada 16 Jun 2022 melalui aplikasi Online Webex.

Penceramah berpengalaman yang merupakan Ketua Pejabat daripada Bank Negara Malaysia Pulau Pinang, Puan Hasjun Hashim telah dijemput memberi pendedahan tentang isu scammer atau penipuan siber yang berleluasa sejak kebelakangan ini. Beliau mendedahkan terdapat pelbagai bentuk cara scammer memperdayakan mangsa, akan tetapi yang terbanyak berlaku pada masa kini ialah penipuan (scam) secara dalam talian antaranya seperti Macau Scam, African Scam, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun.

Pada perkongsian ini, beliau berkongsi mengenai jabatan atau badan-badan atau agensi-agensi yang patut kita laporkan jika kes-kes penipuan berlaku. Beliau juga memberitahu terdapat pelbagai platform untuk menyalurkan maklumat dan aduan jenayah komersil ini.

Di akhir ceramah, Puan Hasjun menasihatkan agar kita lebih berhati-hati dengan tidak memberi maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali. Ia penting bagi mengelakkan kita daripada menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral ini.