Webinar “The Protection and Rights of Whistle-blowers in Malaysia: ‘Pecah Di Mulut Atau Membarah Di Perut?’”

Webinar Whistleblower 1

 

Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), UUM telah menganjurkan Webinar ARICG-UUM Series 2022 secara atas talian melalui platform Webex.

Webinar yang bertajuk “The Protection and Rights of Whistle-blowers in Malaysia: ‘Pecah Di Mulut Atau Membarah Di Perut?’” telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Arik Zakri bin Dato’ Abdul Kadir, dari Advocate & Solicitor, Messrs Khalek Awang & Associates pada 9 Jun 2022.

Webinar ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang whistleblower kepada orang awam terutamanya. Maksud whistleblower adalah pemberi maklumat iaitu orang yang mendedahkan atau cuba untuk mendedahkan maklumat berkenaan perkara-perkara yang boleh menjejaskan reputasi atau prestasi Syarikat seperti salah laku undang-undang, penyalahgunaan kuasa mahupun kecuaian melakukan tanggungjawab yang mengakibatkan pembaziran.