Lawatan Kerja ke Albukhary International University (AIU), Alor Setar

Photo Collage AIU 17052022 resize

 

JALINAN KOLABORASI STRATEGIK ANTARA ARICG DAN AIU

Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia telah berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke Albukhary International University (AIU) pada 17 Mei 2022 yang lalu.

Kunjungan itu diketuai oleh Pengarah ARICG iaitu Prof. Dr. Noor Afza Amran, dan diiringi oleh Felo Penyelidik ARICG iaitu Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman, Dr. Mukhriz Mat Rus serta Dr. Mohd Azrin Mohd Nasir.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalin kerjasama penyelidikan, dan usahasama untuk geran sepadan.

Selain itu, mereka turut berbincang mengenai peluang penyeliaan bersama bagi pelajar Masters dan PhD di AIU yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Turut dibincangkan adalah peluang kolaborasi khidmat masyarakat bersama penduduk di daerah Sik dan Baling. Kolaborasi strategik antara ARICG dengan AIU diharapkan berupaya membuka banyak peluang untuk diteroka demi manfaat bersama.