Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk Ramadan RIMC-ARICG 2022/1443H

buburlambuk combined pic 1 resize

 

UUM ONLINE: Bulan Ramadan sangat signifikan dengan juadah berbuka Bubur Lambuk. Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) bersama Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) mengambil peluang untuk menyemarakkan bulan Ramadan 1443H ini melalui program gotong royong menyediakan bubur lambuk di Pusat Islam UUM.

Aktiviti memasak bubur lambuk ini sering diadakan sebagai aktiviti tahunan Kelab Kebajikan RIMC, sejak beberapa tahun yang lalu.

Berkongsi rezeki dengan komuniti, bubur lambuk ini juga turut diedarkan kepada staf dan pelajar Sekolah Agama At Toyyibah. Changlun.

Ketua Penolong Pendaftar RIMC, En. Mohd Fadzil Samiran berkata, program edaran bubur adalah bagi menyemarakkan budaya yang selama ini wujud di negara ini.

“Selain itu ia mengeratkan hubungan antara sesama manusia dan ini adalah antara usaha kita untuk bersama masyarakat,” katanya.

Turut hadir dalam sesi menyampaikan sumbangan bubur lambuk, Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran dan Pengetua Sekolah Agama At Toyyibah, Ustaz Ahmad Muhtad Yusoff.